MITOLOGI TENGKORAK BOLINAU :: KEBENARAN DISEBALIK KEWUJUDAN MAHKLUK "CYCLOPS"?
ARTIKEL OLEH :: RADZ VON KOENIGSTRAUD XIX
Selama ini ,jika kita pernah membaca kesusasteraan Mitologi Yunani Purba , terdapat satu lagenda menceritakan perihal sejenis makhluk mistik yang dinamakan "Cyclops".
Menurut kebudayaan Helenistik itu, mahkluk bernama Cyclops ini merupakan manusia gergasi yang sangat besar memiliki satu mata sahaja.dan mahkluk ini juga keturunan daripada Raja segala Dewa dipanggil Kronus ,iaitu abang tiri kepada Dewa Zeus .catatan yunani menyebut bahawa perwatakan Cyclops ini sangat ganas dan sering mengancam masyarakat Yunani yang mendiami dipinggir kawasan Hutan kerana ingin mendapatkan mangsanya pasti akan dimakan hidup hidup .
Tetapi , sejauh manakah kebenaran kepada kewujudan makhluk mitos bernama Cyclops itu?
Setelah ribuan tahun berlalu , terdapat suatu tempat yang sangat jauh ke Asia Selatan , satu kejadian yang berlaku sekadar untuk menjawab kebenaran disebalik kewujudan lagenda mahkluk ini
Pada tahun 1964 , seorang lelaki masyarakat tempatan telah menggemparkan seluruh dunia apabila pertama kali dia menemui sebuah Kepala Tengkorak yang dipanggil "Bolinau Skull" di Filipina .
Bukan sekadar tengkorak biasa kerana ketika dijumpai , Bolinau Skull ini hanyalah bermata satu sahaja ,berbeza dengan bentuk tengkorak manusia biasa .
Tengkorak Cyclops ditemui di gua Filipina
Tengkorak bermata satu purba yang pelik ini telah ditemui di dalam sebuah gua batu kapur di Filipina dan masyarakat tempatan yang mendiami di Kepulauan Bohol Gibraltar telah menjadi bingung kehairanan kerana pertama kali dalam hidup mereka menemui tengkorak berbentuk sebegitu rupa .
Penemuan tengkorak ini menjadi liputan meluas sehingga menarik perhatian pihak muzium dan golongan pengkaji Arkeologi daripada luar negara untuk datang menyelidik tengkorak tersebut .
Beberapa siri ujian penyelidikan telah dilakukan terhadap tengkorak Bolinau Skull ini oleh pihak pengkaji dan dianggarkan daripada abad ke-14 sehingga ke-15 dahulu.
Namun ,dari sudut penyelidikan sains pula menyatakan bahawa rupabentuk sangat pelik pada tengkorak ini berkemungkinan ia mengalami kecacatan genetik dahulu yang menyebabkan pembentukan hanya satu mata sahaja .
Comments
Post a Comment