Tidaklah Perlu Pergi ke tempat Itu Walaupun Anda Berkehendak Ingin Mencubanya Walaupun Untuk Sekali....


MITOS THAI :: PHI TAI HONG.... .
.
.
Mitos Phi Tai Hong adalah dari kisah masyarakat Thailand.
 Phi Tai Hong adalah roh yang berasal dari lelaki atau wanita yang mengalami kematian drastik dan ngeri secara tiba-tiba dan proses penguburannya tidak melalui upacara memberi penghormatan terakhir kepadanya. 

hantu jenis ini sering digambarkan pengertian sebuah kematian bagaimanakah sebuah kehidupan manusia itu boleh berakhir secara tiba tiba dengan tidak dapat diramalkan oleh sesiapa termasuk dirinya. 

Tetapi Mangsa bunuh diri atau didalam tahanan yang dihukum mati juga tidak termasuk dalam kategori Phi Tai Hong kerana kematian mereka sudah dijangka. 


Menurut tradisi lisan Thailand, Phi Tai Hong  semangat hantu dianggap berbahaya dan paling agresif .

Disebabkan mereka mengalami kematian secara tiba-tiba, mereka tidak dapat memenuhi impian dan keinginan masing masing ketika masih hidup. 

Demikian, hantu ini tidak tenang rohnya dan semangatnya dipenuhi dengan unsur sifat kemarahan dan kesedihan melampau yang dialami menjadi bentuk hantu paling pendendam. 

Dipercayai bahawa

pada minggu pertama (tujuh hari) untuk kematian seseorang itu , adalah jangka masa tempoh bagi roh mereka paling aktif untuk membalas dendam terhadap orang yang masih hidup

Masyarakat Thai telah menyatakan bahawa perlu bagi sesiapa   untuk tidak berkunjung atau menghindari kawasan kali terakhir Phi Tai Hong pernah berada dahulu

Dikatakan bahawa hantu Phi Tai Hong akan  bertindak agresif cuba membunuh orang yang masih hidup dengan cara yang sama seperti mereka mati dahulu. 


akibatnya Phi Tai Hong adalah hantu yang paling ditakuti dalam budaya masyarakat Thai.

Comments

Popular posts from this blog

MITOLOGI TENGKORAK BOLINAU :: KEBENARAN DISEBALIK KEWUJUDAN MAHKLUK "CYCLOPS"?

PENATUA YANG MERAMALKAN KEDATANGAN ULAR BESI BAKAL MEMBELAHKAN TANAH AIRNYA .