PENATUA YANG MERAMALKAN KEDATANGAN ULAR BESI BAKAL MEMBELAHKAN TANAH AIRNYA .

PENATUA YANG MERAMALKAN KEDATANGAN ULAR BESI BAKAL MEMBELAHKAN TANAH AIRNYA .
.
.



 Mbatian merupakan seorang tokoh Pemimpin yang berpengaruh adalah mengutamakan aspek kerohanian berunsur spiritual didalam sejarah penting Masyarakat Maasai.

 Ketika di zaman Abad ke-18 , tanah air mereka yang tandus ini adalah milik Bangsa Maasai yang dipimpin oleh seorang penatua yang dilantik sebagai Laibon bermaksud peramal dan Iloibono yang mahir merawat dan mereka berada paling teratas dalam susunan tingkat Hierarki sosial didalam masyarakat Maasai.

  Walaupun tidak banyak maklumat yang diketahui berkenaan asal-usul kuasa spiritual 
yang dimiliki oleh seorang pemimpin merangkap Laibons ,
Tetapi masyarakat Maasai mempercayai unsur mistikal tersebut telah diwarisi secara turun temurun oleh sebuah dinasti keluarga yang bernama ole Supeet.


 Berbeza dengan aspek pemilihan seorang pemimpin biasa didalam sesuatu kaum,
Masyarakat Maasai sebenarnya mengukur nilai Kedudukan bagi seseorang Laibon bukanlah secara aspek pengaruh politik  , tetapi menilai kelayakan bagi pemimpin tertinggi mereka adalah diukur 
Secara aspek kemahiran dalam bidang perubatan dan peramal yang tinggi agar dapat menilik masa hadapan bagi kaum mereka dipanggil sebagai "Oracle" (prophercy).

 Diantara kalangan individu yang pernah memegang jawatan 
Laibon ,salah seorang  daripada keturunan yang mengamalkan spiritual ini adalah ,Mbatian Ole Supeet yang berasal dari wilayah Matatapato di Kajiado County dianggap sebagai yang paling terunggul daripada seluruh generasi dari nenek moyangnya  oleh masyarakat Maasai .

Ketika dia mula menaiki jawatan sebagai Laibon Pada tahun 1866 , Mbatian telah dianugerahkan
 sehelai mantel berwarna merah yang diwarisi terus daripada bapanya sebagai pengesahan dirinya layak untuk memimpin kaum Maasai .

Mbatian telah memerintah Kaum Maasai selama 24 tahun, yang bermula daripada tahun 1866 sehingga ke tahun 1890.

 Didalam masa zaman pemerintahan Mbatian ,masyarakat Maasai dapat menikmati kehidupan mereka didalam suasana yang tenang ,perpaduan terjalin diantara mereka  penuh kemakmuran yang sangat hebat disulami dengan pengembangan pengaruh Masyarakat Maasai.

Jika kita ketahui bahawa ,di sepanjang tempoh kepimpinan Mbatian yang memerintah Maasai ketika itu juga budaya kolonial oleh masyarakat Barat juga sedang rakus menjelajah dan menjajah di Rantau Benua Afrika ,namun mereka sangat mengagumi dan menganggap Kaum Maasai sebagai  Penguasa untuk seluruh kawasan Afrika Timur.

 Pengkaji Barat telah merekodkan bahawa ,tanah yang berada dibawah pemerintahan Maasai adalah l meliputi kira-kira seluas 80,000 batu persegi bermula daripada kawasan pantai Tasik Turkana yang terletak di Kenya sehinggalah ke kawasan pergunungan Gunung Meru terletak di Arusha (kini terletak didalam Tanzania).

Mbatian telah berjaya menyatukan seluruh suku etnik yang terdapat didalam masyarakat Maasai seperti kaum Maa yang selama ini tidak boleh bertentangan mata dengan suku kaum Ilnkisongo, yang menetap di Tanzania  dan Suku Kaum Ilpurko yang menetap di Daerah Narok dan Kajiado.

 Mbatian telah meramalkan satu kejadian penting ,iaitu  kedatangan pihak penjajah Barat oleh orang kulit putih yang membawa sejenis entiti yang mereka panggil sebagai "Ular Besi ,sebenarnya merujuk kepada jaringan perhubungan kereta api akan membelah tanah Maasai terbahagi kepada dua bahagian.

Dan ramalannya dibuat sebelum kematiannya pada tahun 1890.dengan ramalannya ini ,Mbatian telah menyeru satu penegasan kepada seluruh Masyarakat Maasai agar jangan sesekali meninggalkan daripada tanah leluhur nenek moyang mereka.

 Mbatian juga telah menegaskan sekerasnya kepada seluruh Kaumnya ,jika melanggar sumpah janji kepimpinannya ,maka akan terjadi satu bencana besar berupa wabak cacar maut dan kebuluran melampau yang akan meragut nyawa mereka ,tanaman pertanian dan ternakan mereka juga turut binasa.

Untuk persediaan yang perlu dihadapi oleh masyarakat Maasai agar tidak meninggalkan tanah air ,masyarakat Maasai perlu mempertahankan habis habisan walaupun nyawa melayang untuk melawan musuh mereka.

 Dan Mbatian menekankan buat kali terakhir sekiranya seorang Kaum Maasai
Yang mempertahankan tanah airnya , Mbatian akan mengirimkan lembu daripada syurga selepas kematiannya.

 Mbatian telah berkahwin dengan dua orang isterinya yang
Telah menurunkan zuriat dua orang anak lelaki yang bakal menggantikan tempatnya sebagai pemimpin , iaitu ketua Maasai yang berlagenda bernama Senteu dan Olonana (atau sebutan sebagai Lenana didalam bahasa Inggeris). 

Tetapi apabila selepas kematian Mbatian , terjadilah Kisah dua orang adik beradik ini apabila detik perpecahan yang mula berlaku di kalangan Bangsa Maasai .

Ketika berada di penghujung hayat dengan keadaan kesihatannya semakin menyusut , Mbatian telah memanggil anak lelaki sulungnya bernama Senteu untuk membincangkan perwarisan bakal Laibon .dan Mbatian juga meminta kedatangan Senteu untuk penyerahan barang alat kebesaran sebagai pemimpin.

Tetapi perbualan diantara ayah dan anak sulung itu juga terdapat adik tiri Senteu , Olonana yang mencuri dengar perbualan itu.

Olonana telah merancang plot untuk menggagalkan peralihan kuasa diantara ayah dan abang tirinya itu.

Perpecahan ini bermula apabila si adik tiri yang bernama Olonana telah melakukan satu plot kemalangan yang menyebabkan abangnya Senteu sehingga menjadi cacat untuk menipu ayahnya .

Keesokannya , Olonana telah datang berjumpa dengan ayahnya untuk mendapatkan kuasa pimpinan sebagai Laibon. disebabkan kesihatannya semakin parah ,Mbatian yang turut mengalami masalah penglihatan itu telah tertipu dengan dengan rancangan Olonana menyebabkan kuasa Laibon telah jatuh kepada tangan yang salah .

Ini kerana Olonana sangat mengimpikan jawatan kempimpinan sebagai Laibon agar dapat menduduki paling teratas dalam
Hierarki sosial masyarakat Maasai.


 Pada tahun 1890 , Mbatian telah meninggal dunia dan dikebumikan di sebuah tempat dipanggil Oldonyo Orok atau Black Hill yang terletak di bukit Namanga pada masa kini .

Selepas kematian Mbatian, Olonana telah diisytiharkan secara rasmi dihadapan seluruh Orang Maasai sebagai pemimpin utama mereka .

Merasakan sangat pedih apabila dikhianati oleh adik tirinya ,Senteu tidak berpeluk tubuh dan melakukan serangan balas dendam terhadap pemimpin baharu tersebut .

Persaingan secara menumpahkan darah diantara adik beradik ini  mencetuskan satu konflik perpecahan paling parah telah berlaku menyebabkan banyak nyawa masyarakat Maasai telah melayang.dan perang saudara ini juga
Menyebabkan jumlah populasi bangsa ini telah mengurangkan lebih daripada separuh orang Maasai dari jumlah asalnya.

Menurut lagi catatan oleh penjelajah Barat yang dibuat ketika di Era Kolonial , Gaya hidup yang diamalkan oleh masyarakat Maasai secara turun temurun adalah pastoralisme, yang semulajadi telah serasikan diri mereka sebagai pemuliharaan alam hidupan liar.  

Contoh pastoralisme 
yang merujuk kepada tradisi orang Maasai sebenarnya mereka tidak pernah makan apa jua hidangan yang berasal haiwan hidupan liar .

Comments

Popular posts from this blog

MITOLOGI TENGKORAK BOLINAU :: KEBENARAN DISEBALIK KEWUJUDAN MAHKLUK "CYCLOPS"?

Tidaklah Perlu Pergi ke tempat Itu Walaupun Anda Berkehendak Ingin Mencubanya Walaupun Untuk Sekali....